Kuota 30% program lanjutan kepakaran pegawai perubatan di Sabah, Sarawak

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Kuota khas sebanyak 30 peratus diberikan bagi program lanjutan kepakaran untuk pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengiktiraf komitmen dan kepakaran pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
  • Membolehkan merit tambahan dipertimbangkan dalam tawaran program latihan kepakaran.
  • Meningkatkan peluang pengajian lanjutan serta memperkasa pembangunan kerjaya pegawai berkenaan.
  • Memperbaiki akses penjagaan kesihatan kepakaran di wilayah Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan khas kementerian.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ia sebagai langkah mengiktiraf komitmen serta kepakaran mereka dan memperkukuh usaha menghargai sumbangan dan pengorbanan pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Inisiatif ini turut membolehkan merit tambahan dipertimbangkan dalam tawaran program latihan kepakaran dan meningkatkan peluang pengajian lanjutan kepada pegawai berkenaan, sekali gus memperkasa pembangunan kerjaya mereka dan meningkatkan akses penjagaan kesihatan kepakaran di wilayah tersebut.

“Saya berbesar hati ini untuk memaklumkan kepada dewan yang mulia ini bahawa saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meneliti dan seterusnya melaksanakan kuota khusus sebanyak 30 peratus bagi lanjutan kepakaran untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

“Pada hari ini kita mempunyai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) sebanyak 1,650. Jadi kurang lebih 30 peratus dan 500 tempat kita khususkan kepada mereka yang berada di Sabah dan Sarawak”, katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan wakil Pulai, Suhaizan Kaiat dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.