Harga diesel bersubsidi turun: Pelihara margin keuntungan peniaga

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter dilihat dapat mengurangkan tekanan kos operasi peniaga khususnya mereka yang banyak bergantung kepada penggunaan bahan api itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membantu peniaga mengekalkan operasi perniagaan dan menyokong kuasa beli dalam persekitaran ekonomi semasa.
  • Mengurangkan tekanan kos dalam rantaian perniagaan, memberi ruang mengekalkan harga barang dan perkhidmatan lebih stabil.
  • Mengekalkan margin keuntungan peniaga dengan meringankan beban kos terutamanya bagi pengguna bahan api tinggi.
  • Menunjukkan penurunan harga minyak global dan memberi ruang fiskal untuk mekanisme subsidi bersasar serta pengagihan menggunakan MyKad.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, penurunannya melegakan kerana dapat membantu peniaga mengekalkan operasi perniagaan, selain menyokong kuasa beli dalam persekitaran ekonomi semasa.

Keadaan itu juga boleh membantu mengurangkan tekanan kos dalam rantaian perniagaan sekali gus memberi ruang kepada peniaga untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan pada paras yang lebih stabil.

“Penurunan harga diesel ini dapat membantu mengurangkan beban kos terutama dalam kalangan peniaga yang banyak bergantung kepada penggunaan bahan api itu. Ini secara tidak langsung dapat membantu kos perniagaan dan sekurang-kurangnya memelihara margin keuntungan peniaga,” katanya.

Tambahnya, langkah tersebut turut menunjukkan penurunan harga minyak global dan memberi ruang kepada kedudukan kewangan kerajaan untuk terus melaksanakan mekanisme subsidi bersasar.

Pelaksanaan mekanisme itu penting bagi memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada kumpulan yang benar-benar layak tanpa membebankan kedudukan fiskal negara.

Dalam masa sama, penggunaan MyKad bagi pengagihan subsidi turut dilihat sebagai langkah positif kerana ia dapat menjadikan sistem bantuan lebih cekap, telus dan bersasar sekali gus mengurangkan risiko ketirisan dalam pelaksanaan subsidi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.