RM1.98 juta berjaya dipulangkan kepada 239 pelabur pada 2025

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Sejumlah RM1.98 juta telah berjaya dipulangkan kepada 239 pelabur sepanjang tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • SC peruntuk RM8.6 juta untuk restitusi melibatkan 933 pelabur.
  • Dua mandat SC menurut Akta Pasaran Modal: membangunkan dan mengawal selia pasaran modal negara.
  • Penguatkuasaan 2025: sembilan sabitan jenayah, denda RM13.1 juta, RM2.1 juta keuntungan haram diambil semula, RM9.08 juta daripada penyelesaian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu dilaksana menerusi tindakan penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.

Selain itu, sejumlah RM8.6 juta turut diperuntukkan bagi tujuan restitusi (pemulangan) melibatkan 933 pelabur, sekali gus mencerminkan usaha SC melindungi kepentingan pelabur dan memelihara integriti pasaran modal negara.

“SC mempunyai 2 mandat utama di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, membangunkan dan mengawal selia pasaran modal.

“… dan dalam penguatkuasaan, SC menggunakan tindakan jenayah atau sivil pentadbiran mengikut sifat serta keseriusan pelanggaran bagi menghukum pesalah, mendapatkan wang pelabur dan memelihara keyakinan pelabur.

“Rekod pada tahun 2025, menunjukkan tindakan SC telah berjaya untuk mengambil tindakan mereka yang melanggar dalam akta pasaran modal. Sebagai contoh, sembilan sabitan jenayah, dengan denda mahkamah berjumlah RM 13.1 juta telah pun dapat dikenakan.

“Melalui tindakan sivil pula, mahkamah mengena dan mengambil semula keuntungan haram berjumlah RM 2.1 juta manakala, 9.08 juta diperolehi melalui penyelasaian kawal selia”, katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai rekod keberkesanan penguatkuasaan SC dalam menangani isu berkaitan “mafia korporat” bagi melindungi pelabur dan menegakkan integriti pasaran modal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.