Lawatan Presiden Myanmar buka ruang diplomasi selesaikan isu

Prof. Dr. Azmi Hassan / Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Lawatan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing ke Malaysia dilihat memberi ruang kepada pendekatan diplomasi secara langsung dalam usaha mendorong negara itu kembali kepada proses demokrasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan diplomasi langsung membuka jalan kepada tindakan susulan dan penyelesaian pelbagai isu.
  • Keterbukaan Malaysia berdialog tidak bermakna mengetepikan prinsip mengenai perkembangan di Myanmar.
  • Malaysia dalam ASEAN dianggap penegur tegar yang sering mengkritik bagi mendorong proses demokrasi Myanmar.
  • Myanmar berusaha mendapatkan pengiktirafan selepas pilihan raya tidak diiktiraf ASEAN, menghubungi Thailand, Kemboja, China dan India.

Pakar Geopolitik, Prof. Dr. Azmi Hassan menyifatkan, pengalaman sebelum ini menunjukkan pendekatan itu mampu membuka jalan kepada pelaksanaan tindakan susulan dan penyelesaian pelbagai perkara.

Katanya, keterbukaan Malaysia untuk terus berdialog tidak bermaksud mengetepikan prinsipnya berhubung berhubung perkembangan di negara itu.

“Malaysia dalam ASEAN secara globalnya dianggap penegur tegar yang sering memberi kritikan terhadap Myanmar dalam proses mereka menuju demokrasi.

“Jadi dalam hal ini penting untuk Myanmar kembali kepada demokrasi supaya dapat kembali ke pangkuan ASEAN,” katanya kepada RTM.

Jelasnya lagi, lawatan itu juga perlu dilihat dalam konteks usaha Myanmar mendapatkan pengiktirafan daripada negara-negara ASEAN selepas pilihan raya yang diadakan di negara berkenaan.

“Apabila ASEAN sebagai sebuah organisasi tidak mengiktiraf pilihan raya yang diadakan tahun lepas, Myanmar kemudian mendapatkan pengiktirafan melalui beberapa negara termasuk Thailand, Kemboja, selain China dan India.

“Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.