Myanmar tanggung kos penghantaran pulang warganya – PM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Oktober – Myanmar bersedia menerima semula rakyatnya yang dihantar pulang dalam jumlah besar dengan kos ditanggung sendiri, termasuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 warganegaranya kini ditempatkan di depoh imigresen Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • 10,493 tahanan Myanmar telah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.
  • Penerimaan semula tertakluk kepada semakan rekod dan pematuhan peraturan serta prosedur ditetapkan.
  • Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada tentera laut atas kerjasama penghantaran pulang.
  • Pengesahan identiti dan semakan rekod jenayah perlu dijalankan mengikut peraturan dan prosedur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini seramai 10,493 tahanan Myanmar sudah dihantar pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.

Beliau berkata, Myanmar turut bersedia menerima semula rakyatnya yang masih berada di Malaysia, tertakluk kepada semakan rekod dan pematuhan terhadap peraturan serta prosedur ditetapkan.

“Sehingga kini, 10,493 warga dan tahanan Myanmar sudah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut dan terima kasih kepada tentera laut kita atas kerjasama itu.

“Anda (Min Aung Hlaing) menyatakan bahawa mereka yang berada di depot, antara 3,000 hingga 4,000 orang akan dihantar pulang dan sesiapa yang dapat disahkan berasal dari Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing sempena lawatan rasmi dua hari Malaysia di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar berkata, berdasarkan pengalamannya, Myanmar antara negara yang menunjukkan kesediaan tinggi menerima semula rakyatnya dalam jumlah besar, termasuk menanggung sendiri kos penghantaran pulang.

“Anda juga menyatakan bahawa mereka yang masih berada di sini, tertakluk kepada rekod yang ada, akan dirundingkan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri bersama rakan sejawatnya.

“Anda bersedia menerima mereka mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Justeru, sebagai sebuah kerajaan, sudah tentu kami perlu merakamkan penghargaan,” katanya.

Katanya, proses pengesahan identiti dan semakan rekod jenayah serta rekod berkaitan perlu dilaksanakan terhadap individu terbabit mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.