Guru maut ditembak di sekolah

Foto Hiasan

MEXICO CITY, 14 Oktober – Seorang guru maut selepas ditembak di sebuah sekolah menengah di negeri Oaxaca, Mexico, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan dilancarkan bagi mengenal pasti suspek serangan di sekolah San Blas Atempa.
  • Kejadian mencetuskan panik dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
  • Insiden berlaku beberapa hari selepas serangan di utara Mexico yang mengorbankan seorang kakitangan dan mencederakan tiga.
  • Mexico berdepan jenayah terancang dan keganasan berkaitan dadah namun serangan terhadap sekolah jarang berlaku.

Pendakwa raya tempatan memaklumkan siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam serangan itu.

Menurut laporan media tempatan, kejadian mencetuskan panik dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan di bandar San Blas Atempa. Mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas serangan berasingan di sebuah sekolah di utara Mexico yang mengorbankan seorang kakitangan sekolah, manakala tiga lagi cedera.

Awal bulan ini, dua beradik lelaki berusia 18 tahun dilaporkan menyerang bekas sekolah mereka di bandar Torreon menggunakan pisau sehingga menyebabkan seorang kakitangan maut.

Mexico berdepan masalah jenayah terancang dan keganasan berkaitan dadah, namun serangan terhadap sekolah jarang berlaku.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.