Pekerja Arab Saudi ditahan di OpenAI

Foto Hiasan

SAN FRANCISCO, 14 Oktober – Seorang pekerja warga Arab Saudi di syarikat kecerdasan buatan (AI), OpenAI, ditahan di Amerika Syarikat (AS) selepas disyaki menyembunyikan alat rakaman di salah sebuah pejabat syarikat itu di San Francisco.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan keselamatan OpenAI menemui alat rakaman pada penghujung bulan lalu.
  • Jabatan Kehakiman AS menyatakan suspek ditahan pada 9 Oktober untuk siasatan lanjut.
  • OpenAI mengesahkan penemuan alat rakaman canggih yang disembunyikan dalam pejabat syarikat.
  • Butiran tujuan pemasangan dan identiti individu tidak didedahkan dalam laporan.

Jabatan Kehakiman AS memaklumkan pekerja berkenaan ditahan pada 9 Oktober, selepas pasukan keselamatan OpenAI menemui alat rakaman itu pada penghujung bulan lalu.

Dalam kenyataan kepada AFP, OpenAI mengesahkan penemuan alat rakaman canggih yang disembunyikan di dalam salah sebuah pejabatnya sebelum perkara itu dirujuk kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tujuan pemasangan alat berkenaan serta identiti pekerja itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.