Rusia diminta kongsi maklumat kematian akibat pneumonia

Foto AFP

GENEVA, 8 Oktober – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta maklumat daripada Rusia mengenai kemungkinan kematian akibat radang paru-paru (pneumonia) di bandar Irkutsk di Siberia, lapor agensi berita Jerman dpa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang saintis wanita berusia 28 tahun meninggal; punca rasmi disenaraikan sebagai radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya.
  • WHO berkata tidak mempunyai gambaran lengkap dan tidak boleh menjalankan penilaian risiko penuh mengenai situasi itu.
  • WHO meminta butiran ujian bagi mangsa dan kira-kira 200 orang lain, bahan digunakan, langkah keselamatan dan maklumat vaksin.

Pakar WHO Abdirahman Mahamud berkata di Geneva pada Rabu, permintaan itu didorong oleh laporan media yang telah disahkan dan dianggap boleh dipercayai. Belum ada maklum balas diterima, katanya.

Pihak berkuasa Rusia juga telah diminta untuk memberikan maklumat lanjut berhubung kes pertama iaitu kematian seorang saintis wanita yang bekerja di Institut Kawalan Penyakit Wabak di Irkutsk.

Wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia Jumaat lepas. Punca rasmi kematian disenaraikan sebagai radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata organisasi itu tidak mempunyai gambaran lengkap tentang situasi itu dan tidak boleh menjalankan penilaian risiko penuh.

Menurut WHO, Rusia melaporkan bahawa saintis wanita muda itu tidak mati akibat wabak pneumonik, tetapi akibat radang paru-paru yang tidak diketahui puncanya.

Tiada kemalangan berlaku di institut itu.

WHO telah meminta perincian mengenai kematian itu termasuk ujian yang dijalankan ke atas wanita itu dan kira-kira 200 orang lain, bahan apa yang telah digunakannya, langkah keselamatan dan maklumat vaksin.

Badan kesihatan dunia itu telah dimaklumkan mengenai hampir 4,000 kes wabak dari 10 negara antara 2019 dan 2025, termasuk 423 kematian. -BERNAMA-dpa

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.