Iran gunakan semua cara, lawan sekatan AS

Selat Hormuz / AFP

TEHRAN, 23 November– Iran memberi amaran akan menggunakan segala cara yang ada bagi menentang sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS), yang dikenakan sebagai tindak balas terhadap usaha Tehran menyekat laluan di Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik Iran-AS bermula selepas serangan AS dan Israel mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.
  • Iran melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron di beberapa lokasi di rantau itu.
  • Iran berusaha menyekat Selat Hormuz, manakala AS mengenakan sekatan terhadap pelabuhan dan ekonomi Iran.

“Kami pastinya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan ini.

“Kami akan menggunakan segala cara yang ada untukmenentang pencerobohan AS,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei.

Terdahulu, konflik antara Iran dengan AS tercetus pada 28 Februari lalu apabila serangan AS dan Israel mengorbankan pemimpin tertinggi, Ali Khamenei.

Ketegangan itu semakin memuncak apabila Iran melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron di beberapa lokasi di rantau berkenaan.

Selat Hormuz kini menjadi tumpuan utama konflik berkenaan apabila Iran meneruskan usaha menyekat laluan perairan strategik yang penting kepada bekalan tenaga global itu.

Sebagai tindak balas, AS mengenakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran sebelum mengumumkan beberapa langkah sekatan ekonomi serta menubuhkan pasukan khas bagi menyekat laluan darat ke negara itu. -AFP

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.