AirAsia X turunkan tambang lima peratus susulan penurunan harga bahan api

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia X, telah menurunkan harga tambang sebanyak lima peratus sejak 15 Jun lalu susulan penurunan harga bahan api global.

RINGKASAN BERITA AI
  • CEO Bo Lingam jangkakan pengurangan tambang secara berperingkat bergantung kepada situasi konflik di Asia Barat.
  • Syarikat mengurangkan laluan kurang berprestasi dan mengalihkan permintaan untuk mempertingkatkan keberkesanan operasi.
  • Telah mengadakan rundingan semula kontrak dengan semua vendor sebagai langkah respons terhadap konflik AS dan Iran.
  • Operasi disemak semula; kadar tambang ditinjau minggu demi minggu selaras turun naik harga bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Bo Lingam menjangkakan AirAsia akan menurunkan tambang penerbangan secara berperingkat bergantung kepada situasi semasa konflik di Asia Barat.

Katanya, syarikat penerbangan itu telah memanfaatkan tempoh tiga bulan lalu untuk mengurangkan laluan penerbangan yang kurang berprestasi, mengalihkan permintaan serta berunding semula kontrak dengan semua vendor ekoran konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang menjejaskan sektor pelancongan global.

“Kami telah menilai semula rantaian operasi untuk melihat bagaimana boleh menstruktur dan berunding semula semua kontrak dan proses ini masih lagi berjalan.

Minggu demi minggu, apabila harga bahan api turun, kami juga akan menyemak semula kadar tambang,” katanya kepada media pada sesi Taklimat Tinjauan Penerbangan AirAsia di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.