Sebuah kenderaan disita akibat kesalahan berulang

Kenderaan sama pernah disita pada Disember 2025 yang dipandu individu berbeza/Foto JPJ Pahang  

CAMERON HIGHLANDS, 23 Oktober – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang menyita semula sebuah kenderaan, selepas dikesan melakukan kesalahan berulang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan ditahan di Jalan Sungai Palas menuju Gunung Brinchang, membawa tiga penumpang pelancong tempatan.
  • Pemandu berusia 66 tahun; LKM tamat sejak 1 April 2008 lebih 18 tahun dan tiada perlindungan insurans.
  • Semakan mendapati kenderaan sama pernah disita pada 5 Disember 2025 ketika dipandu individu berbeza.
  • JPJ mengeluarkan dua saman mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1); kenderaan dibawa ke Depoh Sita JPJ Raub.

Menerusi kenyataan dimaklumkan, kenderaan terbabit yang ditahan di Jalan Sungai Palas menghala ke Gunung Brinchang membawa tiga penumpang yang merupakan pelancong tempatan telah ditahan itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam oleh anggota penguat kuasa JPJ Cameron Highlands.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu merupakan warga emas berusia 66 tahun.

“Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan juga telah tamat tempoh sejak 1 April 2008, iaitu lebih 18 tahun, selain tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Semakan lanjut mendapati kenderaan sama pernah disita pada 5 Disember 2025 atas kesalahan serupa, namun ketika itu dipandu individu berbeza,”menurut kenyataan berkenaan.

Susulan itu, JPJ mengeluarkan dua saman terhadap pemandu berkenaan atas kesalahan LKM tamat tempoh mengikut Seksyen 23(1) serta tiada perlindungan insurans yang sah mengikut Seksyen 90(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kenderaan terbabit turut disita di bawah Seksyen 64(1), akta sama, sebelum dibawa ke Depoh Sita JPJ Raub untuk tindakan lanjut.

JPJ Negeri Pahang memandang serius kesalahan berulang itu dan menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksana bertujuan memastikan semua kenderaan yang beroperasi di jalan raya mematuhi peruntukan undang-undang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.