Taiz berdepan krisis air, konflik jejaskan penghantaran bekalan

Penduduk beratur untuk mendapatkan bekalan air di Taiz / Foto VIORY

TAIZ, 25 Oktober – Penduduk berdepan krisis bekalan air yang semakin meruncing di sini, apabila pertempuran dan penutupan jalan menjejaskan penghantaran bahan api serta akses kepada sumber air di bandar itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengeluaran air di Taiz merosot separuh kerana kekurangan bahan api yang menjejaskan operasi pam.
  • Akses kepada sumber air di Al-Dhabab terputus akibat konflik, mempengaruhi bekalan ke bandar.
  • Perbadanan bekerjasama dengan organisasi kemanusiaan untuk memulihkan telaga dan mendapatkan diesel meningkatkan pengeluaran air.

Penduduk terpaksa berjalan jauh selepas lori tangki tidak lagi dapat menghantar bekalan ke beberapa kawasan kejiranan.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pengeluaran air di Taiz merosot separuh berikutan kekurangan bahan api yang menjejaskan operasi pam, selain laluan bekalan utama ke bandar itu terputus.

Ketua Perbadanan Air dan Sanitasi Taiz, Wathiq Al-Aghbari berkata, konflik berterusan turut memutuskan akses bandar itu kepada sumber air di kawasan Al-Dhabab.

“Krisis ini berpunca daripada beberapa faktor, termasuk perang berterusan di Taiz yang memutuskan akses kepada sumber air di Al-Dhabab, selain kesukaran membawa masuk bahan api untuk mengendalikan telaga air di dalam bandar,” katanya.

Pihak perbadanan kini bekerjasama dengan organisasi kemanusiaan untuk memulihkan operasi telaga serta mendapatkan bekalan diesel bagi meningkatkan pengeluaran air.

Yaman dilanda konflik bersenjata sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menguasai ibu negara, Sanaa, dan sebahagian besar wilayah utara negara itu.

Kerajaan Yaman bersama sekutunya menguasai kawasan selatan dan beberapa wilayah lain, ketika konflik terus mencetuskan krisis kemanusiaan yang meluas. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.