
KOTA BHARU, 23 Oktober – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 210 anak pokok durian belanda yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit di Sekatan Jalan Raya (SJR) Chabang Empat Salam, semalam.
- Rampasan turut membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
- Pemandu lelaki berusia 29 tahun mendakwa anak pokok diambil dari kedai nurseri untuk kegunaan sendiri di kebunnya.
- Kes diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
Rampasan kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu turut membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan mendapati kenderaan itu membawa muatan anak pokok tanpa dokumen sah.
“Hasil pemeriksaan menemukan 210 anak pokok durian belanda yang dianggarkan bernilai RM10,500.
“Lelaki berusia 29 tahun itu memaklumkan anak pokok itu diambil dari sebuah kedai nurseri untuk kegunaan sendiri di kebun miliknya,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta pacuan empat roda ialah RM50,500
Kes diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).