Kefahaman kenegaraan, jati diri nasional perlu terus diperkasakan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan, jati diri nasional dan semangat kebersamaan perlu terus diperkasakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh kefahaman kenegaraan perlu diteruskan untuk membina negara bangsa yang utuh berteraskan sejarah, nilai dan cita-cita bersama.
  • Jati diri nasional dan semangat kebersamaan mesti diperkasa khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.
  • Perancangan dan pelaksanaan program Akademi Kenegaraan Malaysia perlu diperkemaskan melalui Lembaga Tatakelola yang berkesan.
  • Kepimpinan perlu terus memimpin usaha ini bagi memastikan nilai bersama utuh dan diwarisi generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook menegaskan, perkara itu penting, khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.

“Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan, jati diri nasional dan semangat kebersamaan mesti terus diperkasa demi membina negara bangsa yang utuh, berteraskan sejarah, nilai dan cita-cita bersama,” menurut hantaran itu.

Kenyataan itu dimuat naik selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan bagi meneliti pelaksanaan dan perancangan program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.