
KLANG, 22 Oktober – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni 1,500 anak yatim dan kanak-kanak spastik pada Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Alam Shah, di sini.
- Majlis Jamuan Teh Diraja diadakan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor.
- Sultan Sharafuddin menyantuni 1,500 anak yatim dan kanak-kanak spastik dengan penyampaian sumbangan wang serta beramah mesra.
- Turut hadir Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Tengku Amir Shah serta isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
- Majlis dimeriahkan persembahan Pencak Silat Anak Yatim Paya Jaras dan Kombo Polis Diraja Malaysia.
Majlis sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda itu turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Pencak Silat Anak Yatim Paya Jaras dan Kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan wang kepada anak yatim serta meluangkan masa bersalaman dengan tetamu yang hadir
Majlis Jamuan Teh Diraja merupakan antara program yang disusun bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor yang berlangsung dari September hingga November ini.