
KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Malaysia kekal komited memainkan peranan konstruktif dalam menyokong usaha mencapai keamanan dan kestabilan serantau.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dialog berdasarkan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan penting untuk penyelesaian damai menyeluruh dan berkekalan.
- Hantaran Facebook dibuat selepas beliau menerima kunjungan hormat Fasilitator Kerajaan bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand.
- Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal dilantik sebagai fasilitator baharu bagi proses dialog.
- Beliau menggantikan Datuk Mohd Rabin Basir sebagai fasilitator dalam usaha merintis penyelesaian damai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook menegaskan, proses dialog yang berteraskan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan penting bagi merintis penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan.
“Proses dialog yang berteraskan kepercayaan, persefahaman dan keterbukaan amat penting bagi merintis penyelesaian damai yang menyeluruh dan berkekalan demi kesejahteraan rakyat di Selatan Thailand,” menurut hantaran itu.
Hantaran berkenaan dibuat selepas menerima kunjungan hormat Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, petang tadi.
Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal, dilantik sebagai fasilitator baharu bagi proses berkenaan, menggantikan Datuk Mohd Rabin Basir.