Sultan Sharafuddin berkenan hadir Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Foto Bernama

SHAH ALAM, 22 Oktober – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Forum bertajuk "Raja Berdaulat Memayungi Umat" menampilkan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan Datuk Prof Madya Dr Muhammad Ayman Al-Akiti.
  • Perbincangan menekankan peranan institusi diraja dalam memelihara kesucian dan kepentingan agama Islam.
  • Turut hadir Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Tengku Amir Shah, Exco Agama Islam Mohammad Fahmi Ngah dan Pengerusi MAIS.
  • Pelancaran buku "Koleksi Terpilih Titah Ucapan Sultan Selangor" menghimpun titah 2001 hingga 2026 sebagai khazanah ilmu dan rujukan.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama pada program yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini ialah Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Mohammad Fahmi Ngah serta Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin.

Forum dengan tajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” itu menampilkan ahli panel Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan Anggota Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor Datuk Prof Madya Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti.

Antara intipati perbincangan mengenai peranan institusi diraja dalam memelihara kesucian Islam.

Pada program sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyaksikan pelancaran buku “Koleksi Terpilih Titah Ucapan Sultan Selangor Berkaitan Hal Ehwal Islam”.

Buku tersebut menghimpunkan titah ucapan terpilih Sultan Selangor bagi tempoh 2001 hingga 2026 sempena genap 25 tahun pemerintahan baginda.

Penerbitan buku berkenaan merupakan inisiatif MAIS dalam mendokumentasikan titah baginda berkaitan hal ehwal Islam, sekali gus diharapkan menjadi khazanah ilmu dan sumber rujukan yang bernilai untuk tatapan serta panduan generasi kini serta hadapan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.