Bank Islam aktifkan Program Prihatin bantu pelanggan terjejas

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 April – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengaktifkan semula Program Prihatin bagi menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan yang terjejas akibat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang berterusan ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Meringankan tekanan kewangan segera, menyokong kesinambungan aliran tunai dan memperkukuh daya tahan pelanggan menghadapi tempoh mencabar.
  • Bantuan disediakan melalui penyelesaian disesuaikan berasaskan keperluan untuk pelanggan individu dan perniagaan.
  • Pelanggan Pembiayaan Rumah-i, Peribadi-i dan Kenderaan-i yang layak boleh mohon penangguhan pembayaran sementara tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Permohonan melalui laman web, Pengurus Perhubungan, cawangan terdekat, Pusat Panggilan 03-26 900 900 atau e-mel customercare@bankislam.com.my.

Bank Islam dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah tersebut bertujuan meringankan tekanan kewangan segera, menyokong kesinambungan aliran tunai, serta memperkukuh daya tahan pelanggan dalam mendepani tempoh mencabar tersebut.

”Bantuan akan disediakan melalui penyelesaian yang disesuaikan dan berasaskan keperluan bagi pelanggan individu dan perniagaan, dengan mengambil kira
keadaan kewangan masing-masing.

”Di bawah Program Prihatin ini, pelanggan Pembiayaan Rumah-i, Peribadi-i dan Kenderaan-i yang layak boleh memohon penangguhan pembayaran sementara tertakluk kepada terma dan syarat,” menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan akses sokongan yang mudah dan pantas, Bank Islam menyediakan pelbagai saluran permohonan untuk kemudahan pelanggan.

Antaranya menerusi laman web Bank Islam di www.bankislam.com atau hubungi Pengurus Perhubungan masing-masing.

Pelanggan juga boleh hadir ke cawangan Bank Islam terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900 selain melalui e-mel ke customercare@bankislam.com.my.