Kematian remaja di Gurun: 14 individu termasuk dua bawah umur direman

Logo PDRM / Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI, 9 Okt – Sebanyak 14 individu berusia antara 16 hingga 24 tahun direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki yang mayatnya ditemukan di tepi jalan di Jalan Harvard, Gurun, dekat sini semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Noor Fazlina Musa mengeluarkan perintah reman di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
  • Polis memaklumkan 12 suspek direman enam hari, dua lagi yang bawah umur direman lima hari.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kes pembunuhan.
  • Mayat remaja ditemui di tepi Jalan Harvard, Gurun, cedera pada kepala dan muka, dikenal pasti sebagai Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata daripada jumlah itu, 12 individu direman selama enam hari manakala dua lagi yang masih di bawah umur direman selama lima hari.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, mayat seorang lelaki berpakaian sukan berwarna kuning dan hitam ditemukan terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan pada kepala dan muka.

Mangsa yang pada awalnya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kemudian dikenal pasti sebagai Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.