Polis siasat wanita didakwa kasari pengunjung pusat beli-belah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 2 November –Polis sedang menyiasat seorang wanita yang dipercayai mengganggu pengunjung di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara susulan tiga kejadian yang dilaporkan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan diterima daripada pengurus pusat beli-belah pada pukul 7.59 malam Ahad.
  • Seorang bapa mendakwa wanita itu menolak dan memukul dua anaknya pada hari sama.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan; orang ramai diminta menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ahmad Azwan Amin Nordin dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada pengurus bangunan pusat membeli-belah berkenaan pada pukul 7.59 malam pada Ahad.

Satu lagi laporan dibuat oleh bapa kepada dua kanak-kanak yang mendakwa wanita berkenaan menolak dan memukul anak-anaknya dalam kejadian pada hari sama.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah.

“Polis memandang serius sebarang perbuatan berbentuk kekerasan, ugutan dan gangguan terhadap orang awam, khususnya yang melibatkan keselamatan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Talian Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.