
KUALA LUMPUR, 9 Mei – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 8.00 malam ini.
- MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.
- Perlis dan Kedah terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
- Pulau Pinang dan Perak terjejas di Seberang Perai dan daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
- Sarawak dan Sabah melibatkan banyak bahagian seperti Sibu, Miri, Bintulu, Kapit, Limbang, Tawau, Sandakan, Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
“Turut terjejas ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).
“Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Mersing di Johor juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama,” menurut kenyataan itu.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.
Cuaca sama juga dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman, pantai barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan.