Piala Agong 2026: Terengganu buka kempen dengan langkah kanan

Foto RTM

PETALING JAYA, 9 MeiPasukan ragbi Terengganu memulakan kempen Piala Agong edisi ke-42 dengan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan 25-24 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi yang berlangsung di Padang Astaka, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuala Lumpur membuka jaringan awal melalui penalti oleh Marika Qio Tuilekutu.
  • Muhammad Faizal Md Tahir menjaringkan try, menyempurnakan conversion dan dua sepakan penalti.
  • Danish Rafiqin Abdul Qayyum menjaringkan try lewat pada minit ke-80 untuk mengesahkan kemenangan.
  • Ketua jurulatih Mohd Hafiizh Zainal akui aksi belum terbaik, kenal pasti masalah komunikasi; fokus memperbaiki pertahanan.

Kuala Lumpur terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Marika Qio Tuilekutu yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti bagi menghadiahkan tiga mata awal buat pasukannya.

Kuala Lumpur terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Marika Qio Tuilekutu yang berjaya menyempurnakan penalti bagi menghadiahkan tiga mata buat pasukan Lembah Klang itu.

Namun, Terengganu kembali menguasai permainan apabila Muhammad Faizal Md Tahir berjaya melakukan ‘try’ bagi membantu pasukan tuan rumah mendahului perlawanan.

Muhammad Faizal sekali lagi menjadi wira buat Terengganu dalam kemenangan tersebut apabila berjaya menyempurnakan conversion serta dua lagi sepakan penalti untuk menambah kutipan mata Terengganu.

Terengganu berjaya mengesahkan kemenangan menerusi ‘try’ pada lewat permainan oleh Danish Rafiqin Abdul Qayyum minit ke-80 sekali gus memastikan keputusan akhir memihak kepada Terengganu 25-24.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Terengganu, Mohd Hafiizh Zainal mengakui pasukannya masih belum mempamerkan aksi terbaik sepenuhnya meskipun berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan tersebut.

“Kita tidak dapat melaksanakan perancangan sepenuhnya seperti yang dirancang sejak awal. Justeru, kami perlu kembali menjalani latihan bagi memperkemaskan semula aspek yang sepatutnya dilakukan,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Mengulas prestasi keseluruhan pemain, beliau berkata masalah komunikasi dalam kalangan pemain turut dikenal pasti sebagai faktor yang menjejaskan persembahan pasukan

“Bagi perlawanan seterusnya, fokus utama pasukan adalah memperbaiki aspek pertahanan yang dilihat agak longgar ketika menentang Pasukan Kuala Lumpur hari ini”, ujarnya.