‘Menjatuhkan kerajaan yang adil, hukumnya haram’ – Syeikh Wazir

Hantaran Sheikh heikh Wazir Che Awang di Facebook hari ini/Foto Facebook

KOTA BHARU, 31 Oktober – Cubaan menjatuhkan kerajaan yang memerintah secara adil boleh membawa kepada hukum haram, menurut ulama terkenal, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjatuhkan kerajaan yang adil hukumnya haram.
  • Tidak patut disasarkan pemimpin persekutuan dan negeri yang sedang membangunkan negara.
  • Perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya mendorong umat Islam saling membenci.
  • Umat Islam mesti utamakan persaudaraan dan elakkan perpecahan akibat politik.

Beliau berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan, khususnya terhadap kepimpinan di peringkat Persekutuan dan negeri yang sedang berusaha membangunkan negara serta negeri.

Menurutnya, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya mendorong umat Islam saling membenci dan bermusuhan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud menerusi pilihan raya.

“Apa salahnya mereka berdua? (pihak) yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan mereka berdua daripada kuasa sedang memerintah sekarang, adakah mereka zalim, adakah mereka makan rasuah?

“Adakah mereka rompak harta negara, harta negeri? Adakah mereka sakau harta negara harta negeri? Hingga sanggup nak menjatuhkan kedua-dua tokoh ini sama ada peringkat persekutuan dan peringkat negeri, hukumnya adalah haram menjatuhkan kerajaan yang adil,” katanya pada Program Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi malam Sabtu yang turut dihadiri Perdana Menteri.

Beliau menegaskan bahawa umat Islam perlu mengutamakan persaudaraan dan mengelakkan perpecahan akibat perbezaan politik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.