
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pentadbiran Kerajaan Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum sebagai kerajaan sementara dalam memastikan pengurusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
- Seri Paduka bertitah urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian rapi.
- Seri Paduka Baginda menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi.
- Sesi mengadap merupakan sebahagian rutin pertemuan berkala bagi terus menguruskan hal negeri selepas pembubaran Dewan Negeri.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Ibrahim bertitah segala urusan harian pentadbiran tetap berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian yang rapi.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, semalam.
Sesi mengadap berkenaan adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala bersama Seri Paduka Baginda yang tetap berlangsung dalam pengurusan kerajaan sementara selepas pembubaran Dewan Negeri.