TVET berpotensi jadi laluan kerjaya baharu graduan menganggur, bekerja di luar bidang

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Jun – Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpotensi menjadi laluan kerjaya baharu bagi graduan universiti yang masih menganggur atau bekerja di luar bidang pengajian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 78,000 lepasan universiti menganggur atau bekerja di luar bidang boleh manfaatkan kursus TVET.
  • TVET kini merangkumi AI, IoT, robotik, tenaga hijau dan automasi, sesuai untuk sektor berteknologi tinggi.
  • Negara maju seperti Jerman, Korea Selatan dan Switzerland menjadikan TVET laluan utama pembangunan modal insan.
  • Walaupun akademik diberi perhatian, negara memerlukan lebih teknokrat dan pekerja berkemahiran tinggi untuk pertumbuhan mampan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini terdapat kira-kira 78,000 lepasan universiti yang belum mendapat pekerjaan atau bekerja dalam bidang yang tidak setara dengan kelayakan pendidikan mereka.

Menurut beliau, golongan tersebut boleh memanfaatkan pelbagai kursus TVET yang ditawarkan, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi yang semakin berkembang.

“Mereka boleh memasuki mana-mana kursus TVET yang bersesuaian kerana TVET kini merangkumi bidang AI, IoT, robotik, tenaga hijau dan automasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beberapa negara maju seperti Jerman, Korea Selatan dan Switzerland telah lama menjadikan TVET sebagai antara laluan utama pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan industri.

Menurut beliau, meskipun bidang akademik terus diberi perhatian, negara memerlukan lebih ramai teknokrat dan pekerja berkemahiran tinggi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.