Susur keluar Pantai Dalam ditutup sementara waktu malam hingga Sabtu

Foto: Threads ai.hhhah__

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Pengguna Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) yang menuju ke Jalan Pantai Dalam dinasihatkan merancang perjalanan susulan penutupan susur keluar berkenaan bagi kerja pemasangan paip air di bawah Projek Sambungan NPE (NPE 2).

RINGKASAN BERITA AI
  • Susur keluar ditutup setiap malam antara 10.00 malam hingga 5.00 pagi sehingga Sabtu, 27 Jun.
  • Gunakan laluan alternatif melalui Jalan Pantai Sentral Park (PSP) untuk mengelakkan kesesakan dan melancarkan perjalanan.
  • Patuhi papan tanda dan arahan petugas trafik; sebarang pertanyaan hubungi Infoline NPE 1-300-88-1010.

Menurut notis yang dikeluarkan New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE), penutupan itu melibatkan tempoh antara pukul 10.00 malam hingga 5.00 pagi dan berkuat kuasa hingga Sabtu (27 Jun).

Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Pantai Sentral Park (PSP) bagi mengelakkan kesesakan serta melancarkan perjalanan.

NPE memaklumkan penutupan tersebut dilaksanakan bagi membolehkan kerja pembinaan dijalankan dengan selamat selain memastikan kelancaran operasi di tapak projek.

Orang ramai turut diminta mematuhi papan tanda serta arahan petugas trafik yang ditempatkan di lokasi bagi menjamin keselamatan dan kelancaran perjalanan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian Infoline NPE di 1-300-88-1010.

Kenyataan NPE

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.