
BATU PAHAT, 25 Jun- Seramai 214 pelajar dari empat kawasan Parlimen di daerah Batu Pahat menerima sumbangan RM200 seorang menerusi Majlis Sumbangan Khas Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.
- Sumbangan bertujuan memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan memberi suntikan semangat kepada pelajar.
- Datuk Azman Abidin berkata sumbangan mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam memperkasa pendidikan generasi muda.
- Program hasil kerjasama strategik antara Pejabat Pendidikan Daerah, pejabat Ahli Parlimen dan penaja utama.
- Program ini membuktikan komitmen berterusan pihak berkepentingan memastikan pendidikan sebagai teras pembangunan modal insan.
Inisiatif itu bertujuan memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik selain menjadi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata sumbangan berkenaan mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan generasi muda.
Beliau berkata program itu hasil kerjasama strategik antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, Ahli Parlimen serta penaja utama yang bersama-sama menjayakan inisiatif berkenaan.
“Saya mengucapkan terima kasih khususnya kepada pihak SP Setia yang menjadi penaja utama program ini, selain PPD Batu Pahat dan Pejabat Ahli Parlimen Batu Pahat yang bersama-sama menganjurkan program penyerahan sumbangan pada hari ini,” katanya.
Program yang berlangsung di PPD Batu Pahat itu membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memastikan pendidikan kekal sebagai teras pembangunan modal insan negara.