Bayi 11 bulan meninggal disyaki terjatuh kerusi, pengasuh ditahan bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan / Foto RTM

SUNGAI PETANI, 25 Jun — Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas empat hari tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjatuh ketika berada di rumah pengasuh di Taman Permaipura, Bedong, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayi disahkan meninggal pada jam 10.42 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
  • Seorang wanita lingkungan 30-an yang merupakan pengasuh ditahan dan akan direman untuk siasatan.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan kejadian tersebut.
  • Bapa menerima panggilan kira-kira jam 2.15 petang memaklumkan anak terjatuh dari kerusi ketika disuap makan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 10.42 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Susulan kejadian itu, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut ditahan dan akan direman esok untuk siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Mengulas kejadian, ACP Hanyan berkata, bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 2.15 petang Isnin lalu yang memaklumkan anaknya terjatuh dari kerusi ketika sedang disuap makan dan tidak sedarkan diri.

Katanya, ibu bapa mangsa merupakan kakitangan di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, manakala bayi berkenaan adalah anak tunggal pasangan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.