Ribut Boelo: Puluhan penerbangan dibatalkan

Foto AFP

AMSTERDAM, 25 Oktober -Kira-kira 90 penerbanhgan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, dibatalkan pada Ahad berikutan angin kencang akibat ribut Boelo.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebanyakan pembatalan melibatkan laluan ke bandar Eropah seperti Paris, Rome dan Dublin.
  • Puluhan penerbangan yang dijadualkan mendarat turut dibatalkan atau mengalami kelewatan.
  • Pengurusan Lapangan Terbang Schiphol berkata angin kencang akan mengurangkan penerbangan berlepas dan mendarat pada Ahad.
  • Pihak lapangan terbang tidak memperincikan jumlah keseluruhan penerbangan yang terjejas.

Kebanyakannya melibatkan laluan ke bandar-bandar Eropah termasuk Paris, Rome dan Dublin.

Selain itu, puluhan penerbangan yang dijadualkan mendarat di lapangan terbang berkenaan turut dibatalkan atau mengalami kelewatan.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan Lapangan Terbang Schiphol memaklumkan angin kencang dijangka mengurangkan jumlah penerbangan berlepas dan mendarat pada Ahad.

Bagaimanapun, pihak lapangan terbang tidak memperincikan jumlah keseluruhan penerbangan yang terjejas. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.