Mesir hantar lebih 280 lori bantuan, atasi kekurangan bekalan roti di Gaza

Foto Fail AFP

KAHERAH, 25 Oktober – Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) memaklumkan, pihak berkuasa telah menghantar lebih 280 trak membawa tepung dan bakul makanan bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan roti yang teruk di Semenanjung Gaza setakat Ahad, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konvoi terkini berlepas membawa lebih 3,676 tan bekalan kemanusiaan termasuk tepung, ubat dan bahan api untuk hospital, kedai roti dan kemudahan penting.
  • Ia merupakan konvoi ke-302 sejak ERC melancarkan inisiatif bantuan pro-Gaza pada akhir Julai 2025.
  • ERC menyatakan telah membantu mengagihkan lebih 1 juta tan bantuan melalui lebih 75,000 sukarelawan sejak krisis bermula.

Lebih 90 trak berlepas pada Ahad, susulan lebih 190 trak yang dihantar sepanjang minggu lepas. Bekalan berkenaan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Bantuan Mesir di Gaza untuk diagihkan kepada kedai-kedai roti yang terjejas operasinya, menurut ERC.

ERC menambah bahawa konvoi bantuan berlepas ke Gaza awal Ahad dengan membawa lebih 3,676 tan bekalan kemanusiaan, termasuk tepung, bakul makanan, barangan bantuan, ubat-ubatan dan bahan api untuk hospital, kedai roti serta kemudahan penting lain.

Ia merupakan konvoi ke-302 dari Mesir ke Gaza sejak ERC melancarkan inisiatif bantuan kemanusiaan pro-Gaza pada akhir Julai 2025.

ERC menyatakan pihaknya mengekalkan penglibatan secara meluas sejak krisis bermula, membantu mengagihkan lebih 1 juta tan bantuan kemanusiaan menerusi perkhidmatan lebih 75,000 sukarelawan.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad memaklumkan dalam kemas kini harian terkini bahawa empat kematian baharu dan 14 kecederaan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban sejak gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa pada Oktober 2025 meningkat kepada 1,551 kematian dan 5,573 cedera.

Jumlah keseluruhan kematian penduduk Palestin sejak konflik tercetus pada 7 Okt 2023 meningkat kepada 74,544 orang dengan 175,692 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan.- BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.