Program Santai 2 Roda dan Kayuhan MADANI erat hubungan komuniti

Foto FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

BATANG KALI, 25 Oktober – Jelajah lima buah masjid menerusi program Santai 2 Roda dan Kayuhan MADANI di Batang Kali, Selangor telah membuka ruang interaksi antara komuniti setempat dan agensi agama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan riadah dan pengimarahan masjid menyuburkan budaya hidup sihat, ukhuwah dan nilai kepedulian dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat.
  • Sumbangan RM25,000 kepada lima masjid, RM17,000 kepada 170 murid asnaf, bakul makanan dan 30 komputer riba daripada YAPEIM.
  • Anjuran bersama JAKIM, Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pejabat penyelaras DUN Batang Kali mempamerkan semangat kerjasama dan peranan masjid sebagai pusat masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata pendekatan turun padang melalui riadah dan pengimarahan masjid itu menyuburkan budaya hidup sihat, ukhuwah serta nilai kepedulian dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat.

“Daripada JAKIM, YAPEIM, Yayasan Waqaf Malaysia serta agensi agama lain termasuk Tabung Haji dan sebagainya, kita turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat.

“Pada masa yang sama, kita turut memberikan sumbangan, mendengar permasalahan yang dihadapi dan insya-Allah, berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat”, katanya.

Antara masjid yang terlibat ialah Masjid Ar-Rahmah Sungai Buaya, Masjid Nurul Islamiah, Sungai Choh dan Masjid Nurul Iman, Serendah.

Sumbangan berjumlah RM25,000 diagihkan kepada lima buah masjid berkenaan, manakala Bantuan Asnaf Kasih MADANI berjumlah RM17,000 diserahkan kepada 170 murid asnaf daerah Hulu Selangor, selain bakul makanan dan 30 buah komputer riba sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali itu mencerminkan semangat kerjasama di samping menyemarakkan peranan masjid sebagai pusat pertemuan dan penyatuan masyarakat setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.