
PENDANG, 25 Oktober – Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di daerah ini iaitu PPS Dewan KEDA Tanjung Setol, Mukim Ayer Puteh yang dibuka pada pukul 7 petang tadi.
- Angka penduduk terjejas masih dalam peringkat bancian dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
- APM Kedah melaporkan hanya Kampung Tanjung Setol mengalami kenaikan aras air sejak hujan malam tadi.
- Petugas APM Daerah Pendang dan agensi penyelamat menjalankan operasi pemindahan mangsa ke PPS bagi mengurangkan risiko.
- Empat PPS diaktifkan di Kedah: SK Teroi, SJK(C) Pei Eng (Yan), Surau As-Saadiah Guar Nenas (Kuala Muda), Dewan KEDA Tanjung Setol (Pendang).
Angka penduduk terjejas, bagaimanapun masih dalam peringkat bancian yang bakal dikemas kini dari semasa ke semasa.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menerusi kenyataan memaklumkan, setakat malam ini hanya Kampung Tanjung Setol yang dilaporkan telah mengalami kenaikan aras air di kawasan kediaman semenjak hujan malam semalam yang melanda banyak kawasan di Kedah.
Petugas APM Daerah Pendang bersama agensi penyelamat yang lain telah menjalankan operasi pemindahan mangsa ke PPS bagi mengurangkan risiko.
Setakat ini, 4 PPS telah diaktifkan di Kedah iaitu masing-masing PPS SK Teroi dan SJK (C) Pei Eng, di daerah Yan, PPS Surau As-Saadiah Guar Nenas di daerah Kuala Muda serta PPS Dewan KEDA Tanjung Setol, di Pendang.