
LENGGONG, 25 Jun– Dua maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Tasik Raban, petang tadi.
- JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 petang.
- Mangsa maut ialah seorang wanita 47 tahun dan seorang lelaki 41 tahun, disahkan meninggal di lokasi oleh petugas KKM.
- Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
- Anggota BBP Lenggong menggunakan peralatan hidraulik mengeluarkan mangsa tersepit; operasi diselesaikan pada 6.12 petang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 petang.
“Mangsa yang maut terdiri daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan penumpang MPV serta seorang lelaki berusia 41 tahun yang memandu kereta berkenaan.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.
Lima lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Terdahulu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan hidraulik.
Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.12 petang.