Chery labur RM2.2 bilion, bakal wujudkan 8,000 peluang pekerjaan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin (lima dari kiri) bersama Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng pada majlis ‘topping-out’ Fasa 1 Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin / Foto ihsan FB Amirudin Shari

LEMBAH BERINGIN, 25 Jun – Pelaburan RM2.2 bilion oleh Chery Corporate Malaysia Sdn. Bhd. (Chery) di Hulu Selangor dijangka mewujudkan sehingga 8,000 peluang pekerjaan serta mengukuhkan kedudukan kawasan itu sebagai hab automotif baharu negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Topping-out Fasa 1 menandakan siapnya struktur utama kilang pemasangan baharu Chery di Lembah Beringin.
  • Projek dibangunkan atas 80.9 hektar dan akan menjadi kilang pemasangan Chery terbesar di Malaysia, pusat operasi bagi pasaran tempatan dan ASEAN.
  • Fasa pertama dijangka menyediakan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan apabila mula beroperasi.
  • Projek siap sepenuhnya pada 2028 dan 2029, dijangka mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan langsung.

Perkara itu susulan penyiapan struktur atau topping-out Fasa 1 Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin menandakan siapnya struktur utama kilang pemasangan baharu syarikat.

Dibangunkan di atas kawasan seluas 80.9 hektar, projek itu bakal menjadi kilang pemasangan terbesar Chery di Malaysia dan berperanan sebagai pusat operasi syarikat itu bagi pasaran tempatan serta ASEAN.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fasa pertama projek dijangka menyediakan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan apabila mula beroperasi.

“Apabila projek siap sepenuhnya pada 2028 dan 2029, kira-kira 5,000 peluang pekerjaan langsung akan diwujudkan.

“Jumlah itu boleh meningkat kepada antara 7,000 hingga 8,000 pekerjaan apabila mengambil kira vendor dan syarikat pembekal yang akan beroperasi di kawasan ini,” katanya.

Menurut Datuk Seri Amirudin, pelaburan itu turut mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai pusat pembuatan automotif negara yang menempatkan beberapa pengeluar utama termasuk Perodua dan Tan Chong Motor.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan kawasan itu sebagai Automotive City bagi menarik lebih banyak pelaburan industri automotif pada masa depan.

Projek yang diumumkan pada Februari tahun lalu di Beringin High-Tech Auto Valley (Beringin HTA Valley) itu turut menyokong perkembangan jenama di bawah kumpulan Chery termasuk Chery, Omoda Jaecoo, iCAUR dan Lepas.

Majlis itu turut disaksikan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han bersama barisan pengurusan Chery.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.