Ajinomoto (Malaysia) Berhad Perkukuh Komitmen Terhadap Gaya Hidup Sihat di NMM 2026

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) sebagai penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2026

 

KUALA LUMPUR, 15 JUN ― Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) sekali lagi tampil sebagai penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2026, memperkukuh komitmen dalam mempromosikan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat. Program yang berlangsung dari 4 hingga 7 Jun 2026 di Sunway Velocity Mall tersebut membawa tema “Delay No More – Eat Right, Be Active Today”, menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Sebagai salah satu inisiatif pendidikan pemakanan terbesar di Malaysia, NMM 2026 menjadi platform penting dalam memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan amalan pemakanan yang lebih baik. Melalui inisiatif ini, AMB terus menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan relevan untuk seisi keluarga.

Sepanjang empat hari karnival berlangsung, pengunjung menikmati pelbagai aktiviti interaktif, permainan menarik dan pengalaman produk yang mengetengahkan produk utama AMB seperti AJI-NO-MOTO®, aminoVITAL® dan “AJINOMOTO” Gyoza.

Reruai AMB turut menarik perhatian pengunjung menerusi Konsep AJI-NO-MOTO® Smart Salt yang mengetengahkan cara mengurangkan pengambilan sodium tanpa menjejaskan kelazatan makanan, sekali gus membuktikan bahawa pilihan yang lebih sihat tidak semestinya mengorbankan rasa.

Dalam usaha menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif, aminoVITAL® memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali manfaat asid amino dalam menyokong tenaga, ketahanan fizikal dan pemulihan otot. Melalui pelbagai aktiviti dan perkongsian maklumat, pengunjung didedahkan kepada kepentingan pemakanan yang menyokong gaya hidup aktif dan seimbang.

Sementara itu, “AJINOMOTO” Gyoza menawarkan pengalaman yang menggabungkan kelazatan, kemudahan dan khasiat dalam satu hidangan. Menerusi sesi pensampelan produk dan aktiviti interaksi bersama pengunjung, AMB memperlihatkan bagaimana pilihan makanan yang praktikal untuk gaya hidup moden juga boleh menjadi pilihan yang memuaskan dan berkhasiat.

Selain aktiviti di reruai, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pentas dan libat urus komuniti yang menggalakkan pembelajaran mengenai pemakanan sihat dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan, malah mengeratkan hubungan dengan keluarga, golongan belia dan masyarakat setempat.

Melalui sokongan berterusan terhadap Bulan Nutrisi Malaysia 2026, AMB kekal komited dalam menyumbang ke arah pembentukan komuniti yang lebih sihat dan kesejahteraan yang mampan. Berpandukan tujuan syarikat untuk membantu menyelesaikan isu berkaitan makanan dan kesihatan, AMB akan terus memanfaatkan kepakaran dalam bidang pemakanan, inovasi produk dan penglibatan komuniti bagi merealisasikan aspirasi Eat Well, Live Well demi masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

Produk utama AMB seperti AJI-NO-MOTO®, aminoVITAL® dan “AJINOMOTO” Gyoza
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.