
SANDAKAN, 19 Ogos– 28 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, dekat sini, awal pagi tadi.
- JBPM menerima panggilan kecemasan pukul 3.50 pagi dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba Sandakan.
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Sandakan membantu membawa anggota dan peralatan operasi menggunakan bot.
- Kebakaran sekitar 0.6 hektar dikawal pada 5.45 pagi; operasi tamat 8.33 pagi; 159 daripada 187 rumah diselamatkan; tiada kemalangan jiwa.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ke lokasi.
Pasukan bomba mendapat bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Sandakan bagi membawa anggota serta peralatan operasi menggunakan bot.
Kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan kira-kira 0.6 hektar, dengan api merebak cepat ekoran angin kencang.
Operasi pemadaman menggunakan air laut dengan api berjaya dikawal pada pukul 5.45 pagi.
Operasi ditamatkan pukul 8.33 pagi.
Sebanyak 159 buah rumah daripada keseluruhan 187 buah rumah berjaya diselamatkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca dan jumlah kerugian masih disiasat.