RM350 juta selenggara jalan persekutuan Sabah, Sarawak

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Sebanyak RM350 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan di Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan 2026 meningkat 300% kepada RM200 juta setiap negeri, dari RM50 juta.
  • Peningkatan itu membolehkan banyak kerja penyelenggaraan jalan diselesaikan sepanjang 2026.
  • Peruntukan keseluruhan sebelum ini RM400 juta; peruntukan kini dikurangkan namun dianggap wajar selepas kerja-kerja 2026 diselesaikan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu mengambil kira kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang 2026, ketika peruntukan bagi setiap negeri meningkat daripada RM50 juta kepada RM200 juta.

“Pada 2026, peruntukan bagi Sarawak dan Sabah masing-masing meningkat sebanyak 300 peratus, daripada RM50 juta kepada RM200 juta. Menerusi peningkatan itu, banyak kerja telah berjaya diselesaikan sepanjang tahun berkenaan.

“Secara keseluruhan, peruntukan bagi kedua-dua negeri sebelum ini berjumlah RM400 juta. Walaupun peruntukan kali ini berkurang kepada RM350 juta, jumlah itu mengambil kira pelbagai kerja yang telah dilaksanakan dan diselesaikan pada 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Belanjawan 2027 di Parlimen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.