Tiga bot tunda, 6 kru warga Myanmar ditahan

Tiga bot tunda yang ditahan selepas melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Kurau, Perak. Foto FB APMM

KUALA KURAU, 19 Ogos – Tiga bot tunda Kelas B bersama-sama sembilan kru warga Myanmar ditahan selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Kurau, Perak pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bot ditahan kira-kira 1.00 tengah hari susulan maklumat awam.
  • Setiap bot dikendalikan tiga kru warga Myanmar menurut pemeriksaan Maritim.
  • Kru disyaki tiada dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.
  • Pemeriksaan temui pelbagai kesalahan Akta Perikanan termasuk lesen tamat tempoh dan penggajian asing tanpa kebenaran.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga bot ditahan kira-kira 1.00 tengah hari susulan maklumat awam berhubung aktiviti bot berkenaan.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, hasil pemeriksaan mendapati setiap bot dikendalikan tiga kru warga Myanmar.

Mereka disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut mengesan pelbagai kesalahan berkaitan Akta Perikanan 1985, termasuk menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, tidak menjalankan aktiviti secara usaha sendiri serta gagal mempamerkan lesen bot.

Sebuah bot turut dilaporkan beoperasi menggunakan lesen tamat tempoh.

Kesemua bot bersama sembilan kru terbabit dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.