Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM48.57 bilion (konvensional) dan RM18.46 bilion (Islam).
  • BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3 bilion bagi tempoh tujuh hari.
  • BNM sediakan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk 1 minggu, 1 bulan dan 3 bulan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM48.57 bilion dalam pasaran konvensional dan RM18.46 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik yang terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM51.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM18.5 bilion. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.