PM harap Buku Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa jadi rujukan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap buku ‘Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa’ yang menghimpunkan idea, pandangan dan pengalaman hidup beliau dapat menjadi sumber rujukan generasi akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan pembentukan nilai diri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri meneliti dan memberi pandangan terhadap manuskrip yang disediakan pensyarah dan pakar linguistik Profesor Dr Salinah Ja’afar.
  • Beliau menghargai penglibatan Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim dalam penyediaan serta pengolahan kandungan buku ini.
  • Perdana Menteri mengiktiraf usaha penulis merakam dan menggarap idea serta pengalaman hidup untuk dihuraikan secara terperinci.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkesempatan meneliti serta memberikan pandangan terhadap manuskrip penulisan buku yang dihasilkan oleh pensyarah dan pakar linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Profesor Dr Salinah Ja’afar.

“Saya amat berbesar hati dengan penglibatan pakar rujuk Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa negara yang tidak asing lagi iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Haji Abdul Karim dalam penyediaan serta pengolahan kandungan buku ini.

“Saya telah ditemu bual secara eksklusif oleh kedua-duanya merangkumi semua bahagian di dalam penulisan buku ini,” menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut menghargai usaha penulis yang merakam serta menggarap idea, pandangan dan sudut pemikirannya berdasarkan pengalaman hidup serta pembacaan untuk dihimpunkan dan dihuraikan secara terperinci dalam buku berkenaan.

“Harapan saya, naskhah ini kelak akan dijadikan sumber rujukan buat generasi yang mendatang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa dan nilai diri untuk manfaat bersama,” tambah hantaran itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.