
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi keterujaan apabila beliau berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia Dexter Jackson.
RINGKASAN BERITA AI
- Beliau memuat naik gambar bersalaman dengan Dexter Jackson di Facebook.
- Beliau terinspirasi dan berkata nampak gaya kena masuk gim nanti.
- Dexter Jackson ialah juara Mr. Olympia 2008, Masters Mr. Olympia 2012 dan sembilan kali juara Arnold Classic.
Beliau meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini serta turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu.
“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson.
“Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti,” menurut hantaran tersebut.
Jackson, 56, memegang rekod sebagai juara Arnold Classic sebanyak sembilan kali.