Lelaki dikhuatiri lemas, SAR disambung esok

Foto JBPM Sabah

KOTA BELUD, 1 Julai – Seorang lelaki berusia 25 tahun, dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai Kampung Lebak Engad, di sini, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 petang berhubung mangsa dikenali sebagai Wan Niezam.
  • Operasi SAR dijalankan menggunakan kaedah penyelamatan di permukaan air.
  • Mangsa belum ditemukan dan SAR ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.
  • Operasi turut melibatkan Pasukan Penyelamat di Air, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan 14 anggota BBP Kota Belud; SAR disambung esok.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari berhubung kejadian melibatkan mangsa yang dikenal pasti sebagai, Wan Niezam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah penyelamatan di permukaan air.

“Bagaimanapun, mangsa belum berjaya ditemukan dan SAR ditangguhkan pada pukul 6.30 petang,” katanya.

Selain 14 anggota BBP Kota Belud, operasi SAR turut melibatkan agensi lain termasuk Pasukan Penyelamat di Air, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Operasi SAR akan disambung esok, dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.