
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kedah (Langkawi), Perak (Kampar, Batang Padang, Mualim) dan Kelantan (Gua Musang) dijangka terjejas.
- Amaran sama dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut) dan Selangor (Hulu Selangor).
- Sabah terjejas: Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran) dan Kudat.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi, Perak (Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Gua Musang).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) dan Selangor (Hulu Selangor).
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat. – BERNAMA