Peluru 50 tahun jadi saksi keberanian wira polis marin

Foto RTM

KLANG, 1 Oktober – Sebutir peluru yang masih bersarang di bahu kirinya sejak 50 tahun lalu menjadi saksi keberanian Sub Inspektor (B) Jakarta Makling, 72, ketika berdepan pertempuran di perairan Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengiktirafan sebagai Tokoh Wira PPM 2026 menyentuh hati selepas empat dekad beliau menabur bakti dalam pasukan.
  • Beliau berkhidmat sejak 1972 hingga 2012, menunjukkan dedikasi dan ketabahan sepanjang kerjaya polis marin.
  • Terlibat lapan pertempuran di perairan Sabah dan menembak mati tiga lanun, membuktikan pengorbanan anggota PPM.

Menurut Tokoh Wira Pasukan Polis Marin (PPM) 2026 itu, pengiktirafan berkenaan cukup menyentuh hati selepas empat dekad menabur bakti dalam pasukan, malah membangkitkan rasa sebak dan bangga.

“Kecederaan itu dialami pada Jun 1976 ketika terbabit dalam pertempuran di perairan Kuala Meruap, Sandakan, Sabah, apabila sebutir peluru menembusi bot kayu sebelum mengenai bahu kiri saya.

“Namun, kecederaan itu tidak mematahkan semangat untuk saya terus berkhidmat dan saya menamatkan perkhidmatan pada 2012 selepas empat dekad menabur bakti sejak 1972,” katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 PPM di Markas Operasi PPM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata keberanian luar biasa Jakarta mencerminkan kesanggupan anggota polis mempertaruhkan nyawa demi melaksanakan amanah serta tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

“Sepanjang penugasan, Jakarta terbabit dalam lapan pertempuran di perairan Sabah dan berjaya menembak mati tiga lanun,” katanya.

Beliau berkata, kisah perjuangan Jakarta menjadi antara bukti pengorbanan anggota PPM yang sentiasa berdepan risiko nyawa ketika melaksanakan tanggungjawab mempertahankan keselamatan perairan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.