
KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Cuti Peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 Oktober ini merupakan hari kelepasan am pilihan bagi majikan sektor swasta di negeri Selangor.
- Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan pengisytiharan dibuat mengikut subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
- Cuti peristiwa itu pilihan bagi majikan sektor swasta di Selangor yang memilihnya sebagai hari kelepasan am berbayar.
- Bagi majikan yang menetapkan Ahad sebagai rehat mingguan, hari gantian hendaklah diberikan menurut Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.
- Majikan boleh menggantikan hari kelepasan berbayar kepada hari lain dengan persetujuan pekerja menerusi Seksyen 60D(1A).
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memaklumkan, pengisytiharan oleh Kerajaan Negeri Selangor itu dibuat mengikut subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].
Menurut JTKSM, cuti berkenaan hanya wajib diberikan oleh majikan swasta di Selangor yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Selangor sebagai hari kelepasan am berbayar.
Bagi majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan, 26 Oktober (Isnin) hendaklah diberikan sebagai hari kelepasan am gantian, selaras Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.
Bagaimanapun, menerusi Seksyen 60D(1A) akta sama, majikan boleh menggantikan hari kelepasan am berbayar itu kepada hari lain dengan persetujuan pekerja.