
KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Rantau Kepulauan Vanuatu pada pukul 10.24 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia memaklumkan gempa berlaku pada koordinat 15.0 darjah Selatan dan 167.3 darjah Timur.
- Kedalaman pusat gempa dilaporkan 132 kilometer.
- Pusat gempa kira-kira 503 km selatan Lata, Solomon Islands.
- METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 15.0 darjah Selatan dan 167.3 darjah Timur, pada kedalaman 132 kilometer (km).
Pusat gempa terletak kira-kira 503 km Selatan dari Lata,Solomon Islands.
Menurut METMalaysia, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.