Cadangan PETRONAS terus taja MotoGP akan dibincang

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas Sesi Sembang Santai MotoGP / Foto RTM

SEMENYIH, 30 Oktober – Cadangan supaya PETRONAS meneruskan penajaan bagi kejohanan MotoGP akan dibincangkan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Carmelo Ezpeleta menyuarakan harapan PETRONAS terus terlibat sebagai penaja utama MotoGP.
  • Ezpeleta mahu bukan syarikat minyak luar atau syarikat minyak antarabangsa yang menjadi penaja.
  • Beliau berharap nama Malaysia menjadi sinonim dengan PETRONAS dalam kejohanan MotoGP.
  • Walaupun kos penajaan tinggi, beberapa pendekatan alternatif boleh dipertimbangkan bagi memastikan keterusan penajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu disuarakan Pengarah Eksekutif MotoGP, Carmelo Ezpeleta yang berharap syarikat minyak dan gas nasional itu kekal terlibat dalam kejohanan berprestij dunia berkenaan.

“Beliau meminta supaya bukan syarikat minyak luar negara atau syarikat minyak antarabangsa yang menjadi penaja.

“Ezpeleta mahu supaya nama Malaysia itu sinonim dengan Petronas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Sesi Sembang Santai MotoGP anjuran AZH Club yang menghimpunkan lebih 3,000 peminat sukan permotoran, di sini, semalam.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid lagi, walaupun kos penajaan mungkin tinggi, beberapa pendekatan alternatif boleh dipertimbangkan bagi memastikan PETRONAS terus memainkan peranan sebagai penaja utama dalam MotoGP pada tahun-tahun akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.