FELCRA agih keuntungan interim RM190.6 juta kepada 72,000 peserta

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) semasa menyerahkan replika cek agihan kepada wakil penerima Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026/Foto BERNAMA

AYER KEROH, 29 Oktober – FELCRA Berhad mengumumkan keuntungan boleh agih Interim 2 tahun 2026 berjumlah RM190.6 juta yang akan memanfaatkan hampir 72,000 peserta di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembayaran kepada peserta yang layak akan dibuat secara berperingkat bermula hari ini.
  • Jumlah agihan meningkat RM63.7 juta atau 50.2 peratus berbanding agihan Interim 1.
  • Agihan melibatkan tempoh Mei hingga Ogos 2026 dan meliputi 734 projek di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembayaran kepada peserta yang layak akan dibuat secara berperingkat bermula hari ini.

“Jumlah itu meningkat RM63.7 juta atau 50.2 peratus berbanding agihan Interim 1 yang diumumkan pada Julai lalu.

“Bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026, agihan ini akan memberikan manfaat kepada hampir 72,000 peserta melibatkan 734 projek di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad di Pusat Dangngan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.