Warga emas maut selepas kereta dihanyut arus banjir

Foto JBPM

REMBAU, 30 Oktober – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dihanyutkan
arus banjir ketika melalui jalan berhampiran parit bersebelahan sungai Kampung Kundur Hulu, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 74 tahun, pesara KKM, ditemui terperangkap dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.50 malam; pasukan bomba tiba lima minit kemudian dan operasi menyelamat digerakkan.
  • Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azizul Hassan dengan 14 petugas termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air.

Mangsa berusia 74 tahun yang juga pesara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditemukan terperangkap di dalam kereta berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.50 malam.

Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

Operasi menyelamat diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azizul Hassan dengan kekuatan 14 petugas termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Teluk Kemang.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 10 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.