PRN Melaka: BERSATU tanding lapan kerusi, guna logo sendiri

Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan calon BERSATU bagi PRN Melaka ke-16 / Foto RTM

KLEBANG, 30 Oktober – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dengan menggunakan logo rasmi parti itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan senarai calon BERSATU pada Majlis Pengumuman Calon di Klebang.
  • Nazri Ramli (Lendu), Mohd Zamri Abu Bakar (Gadek), Mejar (B) Abdullah Mahadi (Sungai Udang), Datin Seri Dr Asmah Samat (Pantai Kundor).
  • Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Kelebang), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Mohd Hamnaim Mohamad (Ayer Keroh), Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bemban).
  • SPR menetapkan penamaan calon 31 Oktober, undi awal 10 November dan pengundian pada 14 November.

Lapan kerusi berkenaan ialah Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Senarai calon diumumkan Naib Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Melaka, Datuk Dr Radzi Jidin pada Majlis Pengumuman Calon BERSATU, di sini, semalam.

Bagi DUN Lendu, BERSATU mempertaruhkan Nazri Ramli, manakala Mohd Zamri Abu Bakar diletakkan di Gadek.

Mejar (B) Abdullah Mahadi pula akan bertanding di Sungai Udang, sementara Datin Seri Dr Asmah Samat di Pantai Kundor.

Di Kelebang, BERSATU menampilkan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, manakala Datuk Norhizam Hassan Baktee dicalonkan di Pengkalan Batu.

Mohd Hamnaim Mohamad pula akan bertanding di Ayer Keroh, sementara Muhammad Rabaie Ab Hamid dipertaruhkan di Bemban.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, manakala penamaan calon berlangsung pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.